You are currently browsing the monthly archive for October 2010.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) menyambut baik Belanjawan 2011 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Sri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam.
Apa yang ingin Pemuda UMNO ketengahkan adalah langkah mesra orang muda yang telah dizahirkan oleh Kerajaan dengan pelbagai dasar dan peruntukan yang menepati pelbagai cadangan daripada Makmal Generasi Muda Pemuda Barisan Nasional (Makmal Pemuda). Ini bukan sahaja mengotakan janji YAB Perdana Menteri sendiri semasa sesi balairaya Makmal Pemuda pada 27 Ogos lalu dimana beliau memberi jaminan suara anak-anak muda akan mencorakkan pertimbangan dasar bahkan suatu pengiktirafan kepada peranan dan cadangan generasi muda Malaysia.
Pemuda Barisan Nasional (“Pemuda BN”) bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan Forum Gaji Minimum pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 ini bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang.
Forum ini adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua kesatuan sekerja terbesar negara iaitu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui Makmal Pemuda BN.
