Petang tadi, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional yang juga Penganjur BN Youth Lab, YB Khairy Jamaluddin, telah membentangkan laporan akhir BN Youth Lab kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Laporan akhir ini memberi penekanan kepada empat aspek, iaitu kos sara hidup, peluang ekonomi, pendidikan dan perpaduan.
Sukacita dimaklumkan bahawa BN Youth Lab akan menganjurkan sesi ‘townhall’ bersama YAB Perdana Menteri pada 20 Ogos, 3pm di Kuala Lumpur (lokasi spesifik akan dimaklumkan nanti). Pada sesi “townhall” ini, laporan akhir dan cadangan-cadangan BN Youth Lab akan dibentangkan kepada awam. YAB Perdana Menteri juga akan menjawab soalan dari mereka yang hadir.
Saudara/saudari adalah dijemput untuk hadir di sesi ini. Bagaimanapun, tempat adalah terhad, dan saudara/saudari perlu mendaftarkan diri untuk menghadiri sesi ini sebelum 31 Julai 2010. Kami akan mengesahkan melalui e-mel mengenai penyertaan saudara/saudari nanti selepas tarikh tutup pendaftaran.
Sila kemukakan nama penuh, umur, alamat e-mel, lokasi, pekerjaan kepada kami, melalui salah satu tiga kaedah mendaftar diri seperti yang di bawah:
1) Hantar mesej kepada admin BN Youth Lab (di laman Facebook BN Youth Lab)
2) Hantar e-mel kepada bnyouthlab@gmail.com
3) Hantar mesej Twitter kepada @BNYouthLab
Terima kasih.
——–
Earlier today, BN Youth Chairman and BN Youth Lab Sponsor YB Khairy Jamaluddin met the Prime Minister YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak to present the Lab’s final report. The report focuses on four areas – cost of living, economic opportunities, education and unity/governance.
On 20 August, 3pm, BN Youth Lab will organise a townhall session with the Prime Minister during which BN Youth Lab’s final report and recommendations will be made public. The Prime Minister will field questions from the floor. Location is to be confirmed. If you would like to attend this session, please register through any one of the three ways below before 31 July 2010, as places are limited. We will confirm your registration after the final date.
1) Send a message to the BN Youth Lab administrator on BN Youth Lab’s Facebook page.
2) Send an email to bnyouthlab@gmail.com
3) Tweet to @BNYouthLab
Please list your full name, age, email address, location and current job.
Thank you.

Leave a comment
Comments feed for this article